Antara yang tidak kurang pentingnya adalah niat majlis ilmu. Imam Al-Haddad amat mengesyorkan kepada penuntut ilmu dan yang mengajarkannya supaya tidak merosakkan maksud sebenar ilmu syariah dan adab-adabnya. Beliau telah mengajarkan doa niat ini yang dapat membantu para ahli ilmu ketika di majlis ilmu, madrasah dan tazkirah.
![]() |
" Sahaja aku belajar dan mengajar,
mengambil manfaat dan memberikan manfaat,
mengambil faedah dan memberikan faedah,
mengingati dan memperingatkan,
memberi galakan untuk berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya,
mengajak kepada hidayah,
menuntun ke arah kebaikan,
hanyalah mengharap rahmat dari Allah,
Keredhaan-Nya, kasih sayang-Nya dan pahala dari-Nya Subhanahu Wata'ala" ~ Tasbitul fu'ad
Biografi Imam Al-Haddad
Nama, nasab dan kelahirannya:
Beliau adalah Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammd bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrahman bin Alwi bin muhammad bin Ali bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Ja'far As-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin Hussein bin Ali bin Abi Talib dan juga Puteri Fathimah binti Rasulillah Muhammad S.A.W. Dilahirkan pada hari Isnin 5 Safar 1044H di Subair (sebuah perkampungan di pinggir bandar Tarim-Hadramaut).
Di masa kecilnya beliau dijangkiti penyakit campak, lalu kemudian beliau buta kerananya. Akan tetapi Allah AzzaWajalla telah menggantikan untuknya cahaya pada hatinya untuk melihat, serta kebersihan jiwanya.
~ dipetik dari buku Haul Akbar Al-Imam Al Haddad Abdullah bin Alawi Al Haddad
No comments:
Post a Comment