Wednesday 1 June 2011

Abu Hurairah r.a

Alhamdulillah. Banyak perkara yang telah berlaku yang merupakan tarbiyah dari Allah.
Moga saya bermuhasabah dengan semua yang berlaku.

Kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah kisah yang berlaku pada zaman sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Hurairah r.a. Beliau pada suatu hari telah memasuki pasar dan menyaksikan orang-orang sibuk dengan urusan perdagangannya. beliau berdiri dan berseru...
berlakulah dialog berikut:

"Alangkah dungunya kalian, wahai penduduk Madinah!"     
"Kebodohan apa yang anda lihat dalam diri kami, wahai Abu Hurairah?" 
"Peninggalan Rasulullah telah dibahagi-dibahagi. Kalian malah sibuk di sini."
"Tidakkah kalian berkeinginan untuk mengambil bahagian kalian masing-masing?"
"Dibahagiakan di mana?" 
"Di masjid"

Mereka bergegas ke masjid. Abu Hurairah r.a menunggu kedatangan mereka. Ketika mereka datang dengan wajah masam, mereka serta merta menyatakan 

"Tidak ada apa-apa di masjid, tidak ada penbahagian apa-apa!"
"Kalian tidak melihat orang-orang disana?"
"Kami melihat tetapi tiada pembahagian kecuali orang yang sedang shalat dan mengkaji      al-Quran, serta mendiskusikan halal-haram. Itu sahaja"
"Celaka kalian! Itulah peninggalan Rasulullah saw."

Kisah di atas saya bawakan kerana dunia hari ini menyaksikan keadaan yang sama.  Dunia hiburan yang miskin pendidikan lebih memikat hati masyarakat. Perbualan yang sia-sia dan gossip lebih diminati daripada mendiskusikan ilmu.

Allahummakfini, bimasyi atiLLAH.

No comments:

Post a Comment