Tuesday 30 August 2011

Eid Mubarak

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

ِApa khabar hati? Bagaimana kamu hari ini. Semoga kamu baik2 sahaja. Bulan Ramadhan bulan tarbiah. Belajar mengawal diri walaupun ada yang terbabas. Ramadhan penentu bagi mengukur sejauh mana kamu dapat mengawal hawa nafsu, akal dan qarin yang ada pada kamu. 

Usah bersedih lagi mengenangkan keadaan diri.  ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Perubahan itu perlu datang dari dalam diri. Meminta bantuan dan pertolongan dari ALLAH moga kerja kita ada berkat dan dipermudahkan. Namun usaha masih tetap dilakukan dan bukan mengharap keajaiban berlaku. Hati-hati dalam melakukan kebaikan agar diri tidak terjebak dengan penyakit Riyak, Takabbur, Sombong, Ujud dan Sum'ah.

Hati, Semoga dengan permulaan pembebasan ini, kau akan semakin tenang, ceria, damai dan mengharmonikan hidup. Bahagia bukan bererti ada seseorang disamping kita tetapi bahagia yang hakiki bila kita tenang hadapi segalanya ... seperti bunga di banjaran Alps.

Hati, Aku sayang kamu... kembalilah kamu kepada Tuhan yang menciptakanmu yakni ALLAH..
Baiki hubungan denganNYA. Istiqamah dan sentiasa ingat akan NikmatNYA.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Jom kita kenal Allah dan RasulNya Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment